Interview

Lama x update blog, mmmm.. actually mcm2 nak cerita, tp x tau nak start dari mana. So hari ni aku nak cerita pasal interview…

Last week dlm 16-17hb mcm tu, aku dpt surat dr UiTM. Surat panggilan interview untuk jawatan Pegawai Kerja Akaun. Masa aku dpt surat tu, aku x tau perasaan aku.. suka ke x suka ke… happy ke x happy ke, aku pun x tau… sepanjang mlm tu aku x berapa nak tido sgt. Aku dok pikir, nak g ke x nak, nak g ke x nak interview tu…  Aku x tau nak mintak pandangan dr saper, aku sms jepun tanya gak la pendapat dia, so dia bg la pendapat dia, dia kata try ajer la.. lepas tu aku x puas hati lg, aku ni memang sentiasa x puas hati, so x tau nak tanya saper… nak tanya makcik aku, makcik aku tgh risau pasal nenek aku sakit … so nak tanya saper lg yer?

Actually aku nak sgt mintak pandangan kwn aku mala.. tp kan.. dia pun apply gak jawatan kat UiTM tu, tp aku x pasti dia apply utk post aper, and aku x pasti sama ada dia dpt x surat panggilan interview, aku takut klu aku tanya dia, dia akan terasa hati..  da la dia yang inform aku UiTM tu ada kekosongan. Sori mala, rahsia kan dari ko… heheheheheeh…. Sbnrnya, nak sgt YM dgn ko mintak pendapat ko… Lepas tu aku mintak pandagan kwn YM aku rizal… jenuh gak lah telingga aku ni di basuh nya. Selain dr tu aku tanya gak pendapat epa, jiro and jan… semua pun suruh aku g try. Thanks guys…

Aku sbnrnya berbelah bahagi, sama ada nak pergi atau x, sebab aku agak, jawatan tu gaji dia lebih sikit dr aper yg aku dpt kat sini. Masa tu pun belum di war2kan lg pasal kenaikkan gaji utk gomen staff, so aku berbelah bahagi la.. nak try ke x nak, klu berjaya, aku nak berhenti dr sini ker? sayang jugak kerja skrg ni. Last2 aku decide untuk pergi… just have a try la.. klu ada rezeki ada la… Klu x dpt, nothing happen, klu dpt, baru pikir, nak terima atau x.

Interview tu 2 hari… hari yang pertama tu 22hb. aku kena batch pg…. ramai gak lah yg dtg interview, ada la dlm 30-40 org kot.. ntah aku pun x kira, aku sibuk mententeramkan jantung aku yg berdebar2. Da lama tak g interview, x tau dia akan tanya aper… Aku buat gak lah beberapa preparation, baca aper yg patut, agak2 soalan yg akan di tanya… Lepas tu berserah ajer la…. Ada 3 org panel yg interview aku tu. Dia tanya la beberapa soalan dlm bahasa melayu, aku jawap lah semampu aku. tp dia keep asking the same question, soanlan nya "gaji awak da byk skrg ni, klu awak dpt kerja ni gaji awak baru 900 ajer" dia keep physco aku dgn benda tu… geram betul aku… Last2 aku jawap, sebelum aku dtg kerja ni, aku da bincang dgn laki aku, even sebelum aku isi borang mintak jawatan ni pun, aku da tau gaji dia rendah. So aku tipu lah dia, aku kata laki aku ckp, tanggungjawap sara aku kan dia, so dia x kisah la… hehehehe sebenarnya aku kisah sgt gaji ni.. heheheeheh. Since hutang piutang aku keliling pinggang, so gaji is the most important thing la… heheheheh… Dlm 15-20 minit gitu, habis da turn aku.

Interview tu 2 hari, klu aku dapat melepasi halangan yg pertama tu, dia akan call aku inform suruh dtg ke-esok kan hari nya. aku memang da standby ambik 1/2 day utk 2 hari… klu dia x panggil, aku dtg kerja mcm biasa la.. So sepanjang hari tu aku tunggu call dr UiTM, tp smp pkl 5.30 aku balik x de pun call… So aku da pasrah la, mungkin x de rezeki, x pe la… Even aku da call HR cancel aku nya 1/2 keesokkan hari nya. Then masa aku drive balik rumah tu, da nak dekat smp rumah tu aku dpt call dr UiTM, dia kata aku berjaya 1st stage tu, dia suruh aku dtg ke-esokkan hari nya. mmm alhamdullilah… masa tu x tau nak bg tau saper, blk bg tau laki aku je la…Nasib baik aku bwk balik semua sijil2 aku.. Aku ingat aku nak tinggal kat opis hari tu, ntah knp tergerak hati nak bwk blk pulak. Nasib baik, klu x, tak pasal2 aku kena g opis dulu ambik sijil2 aku.

So esok nya aku pun g la… Interview 2nd stage ni kat pejabat pendaftar. sesat aku cari pejabat pendaftar. Nasib baik aku ada kwn kerja kat UiTM, aku pun call dia. kebetulan masa aku call dia tu, aku stop kat depan opis dia. so dgn baik hati nya dia hantar aku g park kereta seterus nya hantar aku smp kat pejabat pendaftar. Thanks zaki… Bila aku smp, aku tgk list nama aku no 4… pergh, berdegup pantas jantung aku… ape la aku nak jawap kali ni yer… Sekali tu org no 2, sampai lambat, da aku jadi org no 3 pulak… Aku masa tu cuma mampu tawakal ajer la.. dapat, alhamdullilah, x dpt, x de rezeki la.. so aku masuk la. Panel masih lagi 3 org. yg semalam tu tiga2 lelaki. Hari ni 2 org lelaki, 1 perempaun. Hari ni dia pyhsco aku pasal nak hantar ke branch pulak. Since dr smlm aku da ckp yg aku ni not transferablle, so dia guna benda tu phsco aku. Aku da tawakal ajer, ko nak bg kerja ni, bg… klu nak transfer kan aku, sori…. Kali ni punya interview x lama, agaknya dia tgk aku not transferabble, so buang masa je kot interview aku.. heheheh… x tau la… tp aku suka satu soalan ni… dia tanya aku, ada mengikuti perkembangan UiTM x? aku kata ada la sikit2.. so dia tanya esok (khamis) aper berlaku kat UiTM. Since mala ada cerita dgn aku yg laki dia akan convo pd hari jumaat, so aku agak convocation la… heheheh nasib baik betul.. Thanks to mala again… heheheheheeh.

So itu ajer la cerita interview aku, skrg just wait for the result. Klu x dapat, x de ape akan berlaku, semua akan berjalan seperti biasa. Klu dpt mcm mana yer???? mmm… patut ke aku pikir ape akan berlaku klu aku dpt? x ke itu nampak mcm aku over confident? patut ke aku terima jawatan tu klu gaji dia lg rendah dr sekarang? Boleh x aku apply jawatan lain skrg, atau tunggu dulu jawapan dari UiTM tu? mmm.. mcm2 soalan bermain di kepala otak aku ni… apa pun aku serah kan pada takdir….

Sekian….

Leave a Reply